Sunday, October 17, 2010

Sejarah Hoki


Permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.



Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.

Friday, October 8, 2010

Sejarah Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.



Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris.

Tuesday, October 5, 2010

Sejarah Bola Tampar




Permainan bola tampar telah di perkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah william G. Margon iaitu merupakan pengarah sukan Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah " minoneete " dan kemudian digantikan dengan nama volleyball oleh Dr A Halstend pada tahun 1896.


Di Malaysia, permaianan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat daripada hong kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Pada ketika itu banyak permaianan persahabatan dilangsungkan misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha kelab kebajikan Tionghua yang wujud pada masa itu. Pada ketika ini, pasukan bola tampardi kawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( MAVA - Malaysia Amatuer Volleyball Assosiation ) pada tahun 1959.

Friday, October 1, 2010

Sejarah Bola Sepak



Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan [bola] juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi [[Undang-undang Bola Sepak]] hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke [[stadium]] bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Sejarah Bola Baling


Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada
bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun
1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark, Czekoslovakia,
Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru
yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor.

Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya.

Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli
pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Wednesday, August 25, 2010

Sistem Limfatik



Organ yang terlibat seperti Nodus limfa, Salur limfatik, Timus, Limpa, Tonsil.

Fungsi :-
1) sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih.
2) menghasilkan limfosit
3) mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati.
4) mengangkut hasil pencemaran untuk diserap ke dalam lakteal.

Sistem Kardiovaskular



Organ utama jantung dan saluran darah

Fungsi :-
1) jantung mengepam darah ke saluruh badan.
2) mengangkat gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan.