Friday, October 8, 2010

Sejarah Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.



Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris.

No comments:

Post a Comment